Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian VI · Kesalahan
57. Pemilikan, penjualan atau pembekalan artikel yang dibekalkan kepada pegawai penjara, dsb., yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportSeseorang, yang bukannya seorang pegawai penjara, yang—
tanpa kebenaran yang sah, membeli atau menerima atau didapati memiliki dan yang gagal menjelaskan dengan memuaskan akan milikannya—
sesuatu artikel yang telah dibekalkan kepada seseorang pegawai penjara bagi pelaksanaan tugasnya; atau
sesuatu pingat atau bintang yang diberi kepada seseorang pegawai penjara bagi perkhidmatan atau kelakuan baik;
Penjara 59
tanpa kebenaran yang sah, mengilang, menjual, membekalkan, menawarkan untuk menjual atau membekal sesuatu faksimile yang elok bagi—
sesuatu lencana atau peranti yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu ialah seorang pegawai penjara atau menunjukkan pangkat seseorang pegawai penjara; atau
sesuatu pingat atau bintang yang diberi kepada seseorang pegawai penjara bagi perkhidmatan atau kelakuan baik;
dengan menyalahi undang-undang memakai, menggunakan atau mempamerkan selain semasa mengadakan pertunjukan pentas atau persembahan teater yang lain—
pakaian seragam seorang pegawai penjara;
sesuatu lencana atau peranti untuk menunjukkan bahawa dia ialah seorang pegawai penjara; atau
pakaian yang menyerupai atau yang mempunyai tanda tertentu pakaian seragam seseorang pegawai penjara, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seseorang pegawai penjara yang menjual atau mendedahkan—
apa-apa artikel yang telah dibekalkan kepadanya atau kepada mana-mana pegawai penjara bagi pelaksanaan tugas;
apa-apa pingat atau bintang yang diberikan kepada seseorang pegawai penjara bagi perkhidmatan atau kelakuan baik,
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 537
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penyeludupan artikel yang dilarang ke dalam penjara