Menteri boleh menyiarkan dalam Warta apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi pengurusan dan pengelolaan penjara yang baik, dan bagi menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta.
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut:
kuasa dan tugas orang yang diambil kerja dalam jabatan penjara;
pemeriksaan dan pengurusan lokap, pegawai yang akan menjaga lokap, dan bagi pekerjaan, diet dan tatatertib orang yang dikurung dalam lokap;
Penjara 67
pemeriksaan perubatan, pengukuran, pengambilan gambar dan pengambilan kesan cap jari atau rekod lain banduan termasuklah statistik diri dan sejarah peribadi yang terperinci, dan bagi menghendaki jawapan yang lengkap dan benar bagi semua soalan yang ditujukan kepada banduan dengan tujuan untuk mendapatkan statistik dan sejarah sedemikian;
orang, jika ada, yang kepadanya ukuran, gambar, kesan cap jari atau rekod lain yang hendak dihantar atau dibekalkan;
diet, pengkategorian, jagaan selamat, pengasingan, pemerlakuan dan tatatertib banduan;
layanan ke atas dan kesejahteraan anak yang dilahirkan oleh banduan semasa dalam jagaan dan anak seorang banduan perempuan yang diterima masuk bersama ibunya;
pekerjaan banduan, termasuk peruntukan bagi kadar, kegunaan dan pengagihan pendapatan banduan;
skim pekerjaan yang menguntungkan dan khususnya bagi—
kategori banduan yang layak untuk mengambil pekerjaan di bawah skim itu;
terma dan syarat yang atasnya banduan dibenarkan mengambil pekerjaan di luar batasan sesuatu penjara;
terma dan syarat pekerjaan;
cara bagaimana upah hendak dibayar kepada banduan;
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 537
perkadaran dan cara bagaimana upah yang didapati oleh banduan di bawah skim pekerjaan itu boleh disimpan oleh banduan;
jenis kerja yang diperlukan pada setiap peringkat pemenjaraan bagi banduan dan cara bagaimana dan tempat di mana kerja itu diperlukan;
pelupusan hasil kerja banduan selain hasil kerja dalam skim yang ditubuhkan di bawah perenggan 2(h);
remitan hukuman yang hendak dibenarkan kepada banduan yang mematuhi dengan sewajarnya peraturan-peraturan yang kepadanya mereka tertakluk, dan syarat yang atasnya remitan itu akan dibuat;
penubuhan persatuan membantu banduan dan bagi mensubsidikan kerja mereka dan menggunakan perkhidmatan mereka berkaitan dengan banduan yang dibebaskan atas percubaan dan banduan yang disabitkan yang hukuman mereka telah habis tempoh;
pembekalan wang, makanan, pakaian atau kemudahan perjalanan kepada banduan apabila mereka dibebaskan;
pentadbiran Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara;
prosiding dan lawatan Hakim Pelawat;
pengelasan kesalahan;
tatacara bagi menjalankan siasatan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh banduan dan bagi perkara yang berhubungan dengannya;
pengurusan dan pelaksanaan parol;
tujuan dan pentadbiran Kadet Penjara; dan
Penjara 69
apa-apa perkara yang dikehendaki atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.