Skip to content
In forceUpdated to 12 Dec 2025Read it in English

Bahagian VIII

68. Peruntukan pemansuhan, kecualian dan peralihan

Feedback & support
(1)

Undang-undang yang tersebut dalam Jadual Kedua setakat mana yang dinyatakan dalamnya hendaklah dimansuhkan adalah dengan ini dimansuhkan dengan sewajarnya.

(2)

Kecuali butiran 4 dalam Jadual Kedua, semua perundangan subsidiari, perintah, arahan dan notis yang dibuat atau diberikan dan apa-apa tindakan sah yang dibuat di bawah atau oleh sebab Ordinan yang dimansuhkan hendaklah, setakat mana yang perundangan subsidiari, perintah, arahan atau notis itu tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat atau diberikan di bawah atau oleh sebab Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa sehingga dipinda, dimansuhkan, dihapuskan, dibatalkan atau digantikan di bawah atau oleh sebab Akta ini.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), berkenaan dengan sesuatu hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan atau akan dijatuhkan ke atas seseorang banduan pada atau selepas mula berkuat kuasanya

Akta ini, undang-undang yang disebut dalam Jadual Ketiga hendaklah terpakai.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a)

mana-mana pegawai atau orang yang dilantik untuk bertindak atau bekerja di bawah atau oleh sebab Ordinan yang dimansuhkan atau disifatkan sebagai dilantik untuk bertindak atau bekerja di bawah atau oleh sebab Ordinan yang dimansuhkan hendaklah terus dan disifatkan telah dilantik atau bekerja di bawah atau menurut kuasa Akta ini; dan

(b)

apa-apa siasatan atau prosiding yang dimulakan atau belum diselesaikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Akta ini

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

hendaklah diteruskan atau diselesaikan di bawah dan mengikut Ordinan yang dimansuhkan.

(5)

Dalam seksyen ini, “prosiding” bererti apa-apa prosiding walau apa pun mengenai jenis sivil atau jenayah termasuk sesuatu permohonan pada mana-mana peringkat sesuatu prosiding.

(6)

Pada tarikh bermulanya berkuat kuasa Akta ini, Kumpulan

Wang Hadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah Ordinan

Penjara 1952, Kumpulan Wang Hadiah Penjara yang ditubuhkan di bawah Ordinan Penjara 1956 [Sabah Ord. 7 tahun 1956] dan

Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah

Ordinan Penjara [Sarawak Bab 24] hendaklah digulung dan semua wang, harta, sama ada harta alih atau tak alih dan liabiliti yang kepadanya pelbagai kumpulan wang itu adalah berhak atau tertakluk pada hendaklah oleh sebab seksyen ini menjadi wang, hak harta dan liabiliti Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah seksyen 60 oleh kuat kuasa undang-undang tanpa apa-apa keperluan bagi sesuatu notis untuk diberi kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan pemindahan tersebut.

CATATAN—lihat seksyen 4 Akta Penjara (Pindaan) 2003 [A1189], berkuat kuasa pada 12 Disember 2025 [P.U. (B) 443/2025] yang memberikan pemansuhan dan kecualian seperti yang berikut:

Pemansuhan dan kecualian

Report

Bab

Bab 24] itu telah tidak dimansuhkan; dan

Schedules