Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

14. Fi bagi perkhidmatan

Feedback & support
(1)

Tiada satu pun agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan bagi sesuatu perkhidmatan yang diberi fi kepada pencari kerja dan pekerja bukan warganegara yang lain atau yang lebih daripada fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan bagi tiap-tiap fi yang diterima suatu resit hendaklah dikeluarkan.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1554).

Fi pendaftaran 14a.

Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana pencari kerja bagi semua kategori pekerjaan di dalam atau di luar Malaysia selepas pendaftaran pencari kerja dengan agensi pekerjaan swasta.

Fi penempatan 14b.  (1)  Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi penempatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana pencari kerja atau pekerja bukan warganegara setelah penerimaan tawaran pekerjaan oleh mereka.

(2)

Fi penempatan yang dikenakan di bawah subseksyen (1)

boleh dibayar oleh majikan pencari kerja atau pekerja bukan warganegara.

(3)

Jika fi penempatan dibayar mengikut subseksyen (2), fi penempatan tidak boleh dituntut oleh agensi pekerjaan swasta daripada pencari kerja atau pekerja bukan warganegara itu.

Agensi Pekerjaan Swasta 21

Wang jaminan 14c. Apabila lesen diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 9a, agensi pekerjaan swasta hendaklah mendepositkan wang jaminan kepada Ketua Pengarah mengikut kategori lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Penggunaan wang jaminan oleh Ketua Pengarah 14d.  (1)  Ketua Pengarah boleh, apabila memberi notis terdahulu kepada agensi pekerjaan swasta, menggunakan wang jaminan yang didepositkan di bawah Akta ini bagi maksud untuk memastikan tanggungjawab agensi pekerjaan swasta kepada pencari kerja, pekerja bukan warganegara atau majikan telah dipenuhi.

(2)

Jika Ketua Pengarah menggunakan wang jaminan di bawah subseksyen (1), agensi pekerjaan swasta hendaklah mengeluarkan deposit tambahan dalam bentuk wang jaminan supaya jumlah wang jaminan kekal pada sepanjang masa sebagaimana nilai yang dinyatakan dalam Jadual Kedua selepas menerima notis bagi deposit tambahan daripada Ketua Pengarah.

(3)

Jika agensi pekerjaan swasta tidak mendepositkan wang jaminan tambahan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subseksyen (2) yang dikeluarkan oleh Ketua

Pengarah, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis untuk menggantung lesen agensi pekerjaan itu.

(4)

Jika agensi pekerjaan swasta tidak mendepositkan wang jaminan tambahan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis penggantungan, Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen agensi pekerjaan swasta itu.

Pemulangan wang jaminan 14e.  (1)  Ketua Pengarah boleh memulangkan wang jaminan kepada suatu agensi pekerjaan swasta, tertakluk kepada apa-apa potongan, apabila menerima suatu permohonan bertulis daripada agensi pekerjaan swasta jika—

(a)

agensi pekerjaan swasta telah terhenti beroperasi;

Undang-Undang Malaysia 22

(b)

lesen agensi pekerjaan swasta telah dibatalkan; atau

(c)

lesen agensi pekerjaan swasta telah habis tempoh dan tiada permohonan untuk membaharui lesen dibuat oleh agensi pekerjaan swasta.

(2)

Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat kepada agensi pekerjaan swasta apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1) bagi maksud kelulusan.

(3)

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diluluskan, wang jaminan hendaklah dipulangkan dalam tempoh sembilan puluh hari kepada agensi pekerjaan swasta dari tarikh kelulusan.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh, memulangkan wang jaminan kepada agensi pekerjaan swasta secepat mungkin jika terdapat perubahan dalam kategori lesen bagi agensi pekerjaan swasta itu.

Pelucuthakan wang jaminan 14f.  (1)  Jika suatu agensi pekerjaan swasta telah terhenti beroperasi atau lesennya telah dibatalkan atau habis tempoh, agensi pekerjaan swasta itu hendaklah menuntut wang jaminannya dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh pemberhentian operasi atau habis tempoh lesen.

(2)

Jika agensi pekerjaan swasta itu tidak menuntut wang jaminannya dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1),

Ketua Pengarah hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberitahu agensi pekerjaan swasta yang berkaitan yang wang jaminan mereka akan dilucuthakkan selepas habis tempoh tiga bulan dari tarikh Warta.

(3)

Wang jaminan yang telah dilucuthakkan di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

15–17.  (Dipotong oleh Akta Al554).

Agensi Pekerjaan Swasta 23

Report