18. Iklan
Feedback & support(1)
Tiada satu pun agensi pekerjaan swasta boleh mengiklan dalam apa-apa media massa melainkan jika iklan itu mengandungi—
(a)
nombor lesen; dan
(b)
maklumat betul mengenai iklan itu.
(2)
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.