Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

8. Permohonan bagi suatu lesen

Feedback & support
(1)

Pemohon bagi lesen di bawah Akta ini hendaklah mengemukakan permohonan yang dibuat mengikut kategori lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Ketua

Pengarah dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Permohonan itu hendaklah berserta dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(3)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1),

Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon untuk memberikan butir-butir, maklumat atau dokumen lanjut yang difikirkannya perlu.

(4)

Jika apa-apa butir-butir, maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.

(5)

Jika permohonan di bawah subseksyen (1) ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan diluluskan atau ditolak, fi proses yang dibayar di bawah subseksyen (2) tidak boleh dikembalikan.

Undang-Undang Malaysia 10

Report