19. Penyediaan, penyenggaraan dan penyimpanan rekod
Feedback & supportTiap-tiap agensi pekerjaan swasta hendaklah menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah seperti yang berikut:
rekod pendaftaran pencari kerja;
rekod pendaftaran majikan;
rekod mengenai kekosongan pekerjaan;
rekod penempatan pencari kerja dan pekerja bukan warganegara;
rekod fi yang dipungut; dan
apa-apa rekod lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah menyimpan rekod bagi tempoh tidak kurang dari enam tahun dari tarikh perekodan.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah mengemukakan semua rekod di bawah subseksyen (1) jika Ketua Pengarah, melalui arahan bertulis, menghendaki agensi pekerjaan swasta supaya mengemukakan rekod itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1),
atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.
Pemberitahuan perubahan maklumat yang diberikan 19a. Agensi pekerjaan swasta hendaklah memberitahu Ketua
Pengarah secara bertulis apabila berlakunya apa-apa perubahan material dalam apa-apa maklumat yang diberikan kepada Ketua
Pengarah berhubung dengan—
maklumat yang berhubungan dengan semua rekod di bawah seksyen 19;
pengarah yang dinamakan dalam borang permohonan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agensi pekerjaan swasta; dan
apa-apa maklumat lain atau penjelasan bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah, berkenaan dengan apa-apa maklumat yang diberikan oleh agensi pekerja swasta.