Seksyen 11
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9
of Akta Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017
seksyen yang berikut:
“Pemberian atau penolakan pemberian lesen 9a. (1) Apabila menerima dan setelah mempertimbangkan permohonan bagi lesen di bawah seksyen 8, Ketua Pengarah boleh memberikan lesen atau menolak pemberian lesen.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada pemohon mengenai keputusannya sama ada untuk memberikan lesen atau menolak pemberian lesen di bawah subseksyen (1).
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
(3)
Jika permohonan di bawah subseksyen (1) diluluskan, pemohon hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2), membayar fi lesen yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi maksud pemberian lesen itu.
(4)
Jika pemohon tidak membayar fi lesen dan wang jaminan dalam tempoh tiga puluh hari sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menolak pemberian lesen tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Kuasa untuk mengenakan syarat 9b. Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu apabila suatu lesen diberikan di bawah seksyen 9a dan boleh meminda syarat-syarat yang dikenakan.”.