Seksyen 8
Penggantian seksyen 7
of Akta Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017
Amendment ActIn forceProvision 8 of 13
Seksyen 8
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 7 dengan seksyen yang berikut:
“Kehendak bagi lesen
Quoted provision
Seksyen 7
(1)
Tiada seorang pun boleh menjalankan aktiviti merekrut melainkan jika dia telah diberikan suatu lesen di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.