Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian IV · Pelan Pelarasan Fiskal
26. Penyimpangan sementara
Feedback & supportKerajaan boleh menyimpang buat sementara daripada objektif fiskal yang disebut dalam seksyen 8 apabila berlaku suatu keadaan mengejut dan tidak dapat diramalkan yang boleh mendatangkan risiko yang signifikan kepada kehidupan manusia, ekonomi dan kedudukan fiskal.
Sebelum apa-apa penyimpangan yang disebut dalam subseksyen (1), Menteri hendaklah menjalankan suatu penilaian untuk menentukan sama ada keadaan sedemikian akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang signifikan, krisis kesihatan atau menjejaskan kedudukan fiskal Kerajaan.
Menteri hendaklah membentangkan penilaian yang disebut dalam subseksyen (2) kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Jika Jemaah Menteri berpuas hati bahawa keadaan sedemikian akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang signifikan, krisis kesihatan atau menjejaskan kedudukan fiskal Kerajaan,
Menteri hendaklah menyediakan dan membentangkan pelan pelarasan fiskal kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Pelan pelarasan fiskal hendaklah mengandungi—
alasan bagi penyimpangan daripada objektif fiskal dan nilai kuantitinya;
langkah-langkah yang akan diambil untuk kembali kepada objektif fiskal dan nilai kuantitinya;
jangkaan tempoh masa yang akan diambil untuk kembali kepada objektif fiskal dan nilai kuantitinya; dan
maklumat lain yang berkaitan dengan pelan pelarasan fiskal.
Menteri hendaklah membentangkan pelan pelarasan fiskal pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang selepas kelulusan diberikan oleh Jemaah Menteri dalam subseksyen (4).
Sebelum apa-apa penyimpangan yang disebut dalam subseksyen (1), Menteri hendaklah menjalankan suatu penilaian untuk menentukan sama ada keadaan sedemikian akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang signifikan, krisis kesihatan atau menjejaskan kedudukan fiskal Kerajaan.
Jika Jemaah Menteri berpuas hati bahawa keadaan sedemikian akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang signifikan, krisis kesihatan atau menjejaskan kedudukan fiskal Kerajaan,
Menteri hendaklah menyediakan dan membentangkan pelan pelarasan fiskal kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.
maklumat lain yang berkaitan yang berhubungan dengan pelan pelarasan fiskal.
Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 23
Menteri hendaklah melaporkan kemajuan langkah-langkah seperti yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b) dalam laporan tinjauan fiskal tahunan yang berikutnya.