Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian VI · Pelaporan
32. Laporan tinjauan ekonomi
Feedback & support(1)
Menteri hendaklah, berkenaan dengan setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Dewan Rakyat laporan tinjauan ekonomi berserta penyata anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun itu.
Undang-Undang Malaysia 26
(2)
Laporan tinjauan ekonomi hendaklah mengandungi maklumat mengenai prestasi ekonomi semasa dan unjuran ekonomi selaras dengan objektif fiskal dan hendaklah termasuk unjuran makroekonomi bagi tahun kewangan itu, menetapkan nilai sebenar, anggaran dan unjuran nilai petunjuk ekonomi, yang terdiri daripada—
(a)
keluaran dalam negeri kasar dan komponennya;
(b)
inflasi;
(c)
pasaran buruh; dan
(d)
petunjuk ekonomi lain yang berkaitan.