Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal
10. Perumusan dasar hasil
Feedback & supportMenteri bertanggungjawab bagi merumuskan dan melaksanakan dasar hasil Kerajaan berdasarkan prinsip kecekapan, keadilan dan kesaksamaan, dan prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab di bawah Akta ini.
Perumusan dasar hasil hendaklah berdasarkan objektif yang berikut:
untuk mencapai penjanaan hasil yang mencukupi dan mampan dalam jangka masa sederhana dan panjang;
untuk mengurus dan mentadbir hasil selaras dengan amalan terbaik antarabangsa;
untuk mempunyai sistem cukai yang cekap dan rangka kerja perundangan yang saksama; dan
untuk mengekalkan darjah kebolehramalan dan kestabilan dasar cukai yang munasabah.
Undang-Undang Malaysia 14