Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 1997Read it in English

Bahagian IV · Pembatalan, Pemotongan dan Kemasukan Semula

17. Section 17

Feedback & support
(2)

Mana-mana orang yang namanya telah disingkirkan daripada Daftar kerana tidak membaharui pendaftarannya bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun hendaklah dimasukkan semula namanya dengan seberapa segera yang boleh selepas dia memberitahu Pendaftar akan hasratnya supaya dimasukkan semula dan setelah dibayar apa-apa fee yang ditetapkan.

(3)

Mana-mana orang yang namanya telah disingkirkan daripada Daftar menurut perintah Lembaga di bawah seksyen 15 dan dia tidak merayu terhadap perintah itu atau di mana rayuannya telah ditolak, boleh selepas tamatnya tempoh selama tidak kurang dari enam bulan dari tarikh perintah pembatalan itu atau dari tarikh keputusan rayuan itu memohon untuk kemasukan semula namanya. Lembaga apabila menerima keterangan yang memuaskan mengenai sebab yang wajar bagi kemasukan semula namanya dan setelah dibayar ganti segala perbelanjaan yang ditanggung oleh Lembaga berbangkit daripada prosiding yang membawa kepada pembatalan pendaftarannya dan apabila dibayar fee yang ditetapkan untuk perakuan pendaftaran bolehlah mendaftarkannya semula.

Report