Mana-mana orang.
cearh| (a) yang telah ditolak pendaftarannya oleh Lembaga;
yang telah didaftarkan tetapi tak berpuas hati dengan apa-apa sekatan yang dikenakan oleh
Lembaga di bawah perenggan 4(1)(b);
yang setelah didaftarkan namanya telah disingkirkan daripada Daftar menurut perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen 15; atau
yang telah didaftarkan dan kemudiannya memohon supaya pendaftarannya diperluaskan untuk meliputi cabang kejuruteraan tambahan dan permohonannya telah ditolak, boleh dalam masa dua puluh satu hari setelah diberitahu mengenai penolakan, pendaftaran atau penyingkiran itu, merayu kepada Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 20 dan Lembaga Rayuan itu boleh sesudah itu membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut atau wajar.
Lembaga hendaklah memberi kuatkuasa kepada apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan dengan serta-merta.