Akta Pendaftaran Jurutera 1967 · Updated to 1 Jul 1997 · Bahagian II · Lembaga Jurutera
3. Section 3
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu lembaga yang akan dikenali sebagai
“Lembaga Jurutera” yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa dan yang boleh mendakwa dan didakwa.
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut yang dilantik oleh Menteri:
seorang Yang Dipertua yang hendaklah terdiri daripada seorang Jurutera Profesional berdaftar;
tidak lebih daripada empat belas orang anggota yang hendaklah terdiri daripada Jurutera
Profesional berdaftar, lima daripada mereka hendaklah daripada senarai penamaan yang dikemukakan oleh Majlis Institusi Jurutera
(Malaysia);
Pendaftaran Jurutera
seorang anggota yang dinamakan oleh Lembaga
Arkitek daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Arkitek 1967; dan
seorang anggota yang dinamakan oleh Lembaga
Juruukur Bahan daripada kalangan anggota
Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta
Juru Ukur Bahan 1967.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2),
Lembaga pertama hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut yang dilantik oleh Menteri:
seorang Yang Dipertua yang hendaklah terdiri daripada seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional berdaftar;
tidak lebih daripada empat belas orang anggota yang hendaklah terdiri daripada orang yang layak untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional berdaftar, lima daripada mereka hendaklah daripada senarai penamaan yang dikemukakan oleh Majlis Institusi, Jurutera (Malaysia);
seorang anggota yang hendaklah terdiri daripada seorang yang layak untuk dilantik ke Lembaga
Arkitek; dan
seorang anggota yang hendaklah terdiri daripada seorang yang layak untuk dilantik ke Lembaga
Juruukur Bahan,
Anggota Lembaga yang disebut dalam perenggan
hendaklah terdiri daripada yang berikut:
tidak lebih daripada lima orang Jurutera yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam
Persekutuan;
tidak lebih daripada dua orang Jurutera yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;
tidak lebih daripada lima orang Jurutera yang menjalankan amalan persendirian; dan
Akta 117,
Akta 487.
Fungsi-Lembaga.
[Pin. Akta
Undang-Undang Malaysia Axta 138
tidak lebih daripada dua orang Jurutera yang bekerja penuh masa dengan mana-mana orang atau kumpulan orang, yang bukan berkhidmat dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau dalam perkhidmatan pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun.
Seseorang anggota Lembaga, termasuklah Yang
Dipertua hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya ditamatkan, memegang jawatan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dan tertakluk kepada subseksyen (5) adalah layak dilantik semula.
Seseorang anggota Lembaga, termasuklah Yang
Dipertua, tidak boleh dilantik bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun berturut-turut.
Jika mana-mana anggota Lembaga mati atau meletakkan jawatannya atau pelantikannya ditamatkan, seorang anggota baru hendaklah dilantik dengan seberapa segera yang praktik untuk menggantikannya dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh pelantikan anggota yang digantinya itu.
Peruntukan Jadual hendaklah berkuatkuasa berkenaan dengan Lembaga.