Akta Pendaftaran Jurutera 1967 · Updated to 1 Jul 1997 · Bahagian IV · Pembatalan, Pemotongan dan Kemasukan Semula
15. Section 15
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen ini Lembaga boleh memerintahkan penggantungan atau pembatalan pendaftaran mana-mana Jurutera di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:
jika dia telah disabitkan atas mana-mana kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak di Malaysia atau di tempat lain;
jika dia menawarkan atau menerima apa-apa komisen yang pada pendapat Lembaga adalah suatu komisen haram;
jika semasa bertindak atas sifat profesionalnya, dia pada masa yang sama tanpa mendedahkan fakta itu secara bertulis kepada kliennya, adalah seorang pengarah atau anggota atau pemegang saham substantial dalam atau ejen bagi sesuatu syarikat, firma atau perniagaan yang mengikat janji atau yang mengilang atau mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam syarikat atau firma atau perniagaan sedemikian yang dengannya dia berurusan bagi pihak kliennya;
jika pendaftarannya di bawah Akta ini telah diperolehi dengan cara fraud atau salah nyataan atau disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau kesalahan yang dibuat oleh Lembaga dalam menimbangkan permohonan bagi pendaftaran;
jika kelayakannya di bawah seksyen 10 telah ditarik balik atau dibatalkan oleh Pihak Berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperolehi atau yang olehnya kelayakan itu diawardkan;
Pendaftaran Jurutera
jika dia didapati tak sempurna akal atau selainnya menjadi tak berupaya untuk melaksanakan tugas profesionalnya atau dia menjadi bankrap;
jika dia didapati oleh Lembaga telah melanggar, atau tidak mematuhi, Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
jika dia tidak menuruti apa-apa sekatan yang tertakluk kepadanya dia didaftarkan;
jika dia didapati bersalah oleh Lembaga atas apa-apa perbuatan atau kelakuan yang pada pendapat Lembaga adalah mengaibkan atau keji;
jika dia memperolehi, atau membantu dalam memperolehi, atau dengan disedarinya adalah satu pihak dalam memperolehi, secara fraud atau salah nyataan, kelulusan Lembaga bagi sesuatu pertubuhan perbadanan bagi menjalankan amalan sebagai jurutera perunding;
jika dia menyembunyikan atau membantu dalam penyembunyian daripada Lembaga kewujudan apa-apa fakta atau hal keadaan yang, jika diketahui, akan memberikan hak kepada
Lembaga untuk menarik balik kelulusannya daripada mana-mana pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding yang berkenaan dengannya dia adalah pengarah atau pemegang saham;
jika dia melanggar, atau tidak menyempurnakan, atau membantu dalam pelanggaran, apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh
Lembaga apabila memberikan kelulusan kepada sesuatu pertubuhan perbadanan di bawah subseksyen 7A(3);
jika dia menyebabkan atau membenarkan atau membiarkan mana-mana pertubuhan perbadanan yang dia ialah pengarahnya atau pemegang saham menjalankan amalan sebagai jurutera perunding sebelum kelulusan Lembaga diperolehi,;
26
Penyingkiran daripada
Daftar.
[Pin. Alta
Undang-Undang Malaysia AKTA 138
jika dia menyebabkan atau membenarkan atau membiarkan mana-mana pertubuhan perbadanan yang dia ialah pengarahnya atau pemegang saham untuk terus menjalankan amalan sebagai jurutera selepas Lembaga telah menarik balik kelulusannya di bawah subseksyen 7a(5); atau
jika setelah disingkir daripada Daftar di bawah perenggan 16(b) dia gagal membaharui pendaftarannya bagi suatu tempoh yang berterusan selama tiga tahun dari tarikh penyingkiran itu.
Lembaga tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) melainkan jika—
suatu pendengaran telah diadakan di mana sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota Lembaga hadir; dan
suatu peluang untuk didengar sama ada secara sendiri atau melalui peguam telah diberikan kepada Jurutera berdaftar yang terhadapnya
Lembaga bercadang untuk membuat perintah itu.
Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, menggantung pendaftaran mana-mana Jurutera Profesional berdaftar atau pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan sementara menanti selesainya apa-apa penyiasatan oleh Lembaga di bawah Akta ini dan dalam tempoh penggantungan tersebut dia atau ia tidak boleh menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.