Akta Pendaftaran Jurutera 1967 · Updated to 1 Jul 1997 · Bahagian I · Permulaan
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
Feedback & support“Daftar” ertinya Daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 5;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 26;
“Jurutera” ertinya Jurutera Awam, Jurutera Elektrik,
Jurutera Jentera atau Jurutera Struktur atau seseorang lain yang layak untuk didaftarkan di bawah Akta ini;
“Jurutera berdaftar” ertinya seseorang Jurutera yang didaftarkan di bawah Akta ini;
“Jurutera Profesional berdaftar” ertinya seseorang
Jurutera yang didaftarkan di bawah subseksyen 10(2);
P.U.
(A)
253/72.
Tajuk
Tingkas.
Tafsiran.
[Pin. Akia
Akta 125.
Penubuhan
Lembaga
Jurutera.
[Pin. Akta
Undang-Undang Malaysia Axta 138
“Jurutera Siswazah berdaftar” ertinya seseorang Jurutera yang didaftarkan di bawah subseksyen 10(1);
“Lembaga” ertinya Lembaga Jurutera yang ditubuhkan oleh subseksyen 3(1);
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Jurutera yang dilantik di bawah subseksyen 6(1);
“pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang telah diluluskan oleh Lembaga untuk menjalankan amalan sebagai jurutera perunding di bawah
Akta ini;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini.