Seksyen 26
Pemindahan hak milik tanah dan harta
of Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007
ActIn forceProvision 28 of 31
Seksyen 26
(1)
Tertakluk kepada Akta ini, segala tanah sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang terletak hak pada Majlis Kumpulan
Wang Amanah Pencen hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
(2)
Tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa arahan Menteri, segala hak dalam tindakan, aset dan apa jua harta lain selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Majlis
Kumpulan Wang Amanah Pencen atau mana-mana orang bagi pihak
Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).