Skip to content

Seksyen 27

Kontrak sedia ada

of Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007

ActIn forceProvision 29 of 31
Seksyen 27

Tertakluk kepada Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindah hak milik di bawah seksyen 26 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Kumpulan Wang Persaraan

(Diperbadankan) dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan bukannya

Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi pihak kepadanya.

Kumpulan Wang Persaraan 33