Seksyen 102
Penyerahan balik perakuan disebabkan pembatalan polisi
of Akta Pengangkutan Jalan 1987
Jika suatu perakuan insurans telah diserahkan di bawah subseksyen 91(4) kepada orang yang telah melaksanakan sesuatu polisi dan polisi itu telah dibatalkan dengan persetujuan bersama atau menurut kuasa apa-apa peruntukan di dalam polisi itu, orang yang telah diserahkan perakuan itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari berkuat kuasanya pembatalan itu, menyerahkan balik perakuan itu kepada penanggung insurans atau, jika perakuan itu telah hilang atau musnah, membuat suatu akuan berkanun bagi maksud itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan.
(2)
Jika sesuatu polisi tidak dikeluarkan berikutan dengan pengeluaran suatu nota perlindungan, atau suatu polisi telah dibatalkan, dipindahkan kepada orang lain atau diubah bagi melindungi kenderaan yang diinsuranskan itu untuk digunakan bagi maksud yang selain maksud yang insurans itu pada mulanya dikeluarkan, maka hendaklah menjadi kewajipan penanggung insurans untuk serta-merta memberitahu
Pengarah yang telah mendaftarkan kenderaan yang diinsuranskan oleh polisi atau nota perlindungan itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit.