Seksyen 103
Pengemukaan perakuan
of Akta Pengangkutan Jalan 1987
Pemunya kenderaan motor berkewajipan untuk memberi apa-apa maklumat yang dia dikehendaki memberi oleh atau bagi pihak Ketua Pegawai Polis atau Pengarah bagi maksud menentukan sama ada kenderaan motor itu telah dipandu atau tidak dipandu dengan melanggar seksyen 90 pada bila-bila masa apabila pemandu itu dikehendaki, di bawah seksyen 58, mengemukakan perakuannya dalam masa lima hari, dan jika pemunya itu gagal berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan.
(2)
Dalam seksyen ini, ungkapan “mengemukakan perakuannya”
ertinya mengemukakan untuk pemeriksaan perakuan insurans atau
182 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
perakuan jaminan yang relevan atau apa-apa keterangan lain bahawa kenderaan motor itu tidak dipandu atau telah tidak dipandu dengan melanggar seksyen 90 sebagaimana ditetapkan.