Seksyen 105
Deposit
of Akta Pengangkutan Jalan 1987
ActIn forceProvision 143 of 176
Seksyen 105
Jika apa-apa jumlah wang didepositkan oleh mana-mana orang menurut atau sebagai suatu syarat kelulusan oleh Menteri di bawah seksyen 91 atau 93, tiada apa-apa bahagian jumlah wang itu, selagi apa-apa liabiliti iaitu liabiliti yang dikehendaki dilindungi oleh sesuatu polisi insurans di bawah Bahagian ini yang telah ditanggung olehnya masih belum dilepaskan atau diperuntukkan selainnya, boleh digunakan bagi melepaskan apa-apa liabiliti lain yang ditanggung olehnya.