Seksyen 98
Kewajipan untuk memberi maklumat yang perlu kepada pihak ketiga
of Akta Pengangkutan Jalan 1987
Mana-mana orang yang suatu tuntutan dibuat terhadapnya berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang dikehendaki dilindungi oleh suatu polisi di bawah perenggan 91(1)(b) hendaklah, atas permintaan oleh atau bagi pihak orang yang membuat tuntutan, menyatakan sama ada atau tidak dia telah diinsuranskan berkenaan dengan liabiliti itu menurut apa-apa polisi yang mempunyai kuat kuasa bagi maksud
Bahagian ini atau sepatutnya telah diinsuranskan sedemikian, jika penanggung insurans tidak mengelakkan atau membatalkan polisi itu, dan jika dia telah atau sepatutnya telah diinsuranskan sedemikian memberi apa-apa butir berkenaan dengan polisi itu sebagaimana dinyatakan di dalam perakuan insurans yang dihantarkan berkenaan dengannya di bawah subseksyen 91(4).
(2)
Sekiranya mana-mana orang menjadi bankrap atau membuat suatu komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya atau sekiranya suatu perintah yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan berkenaan dengan estet mana-mana orang atau sekiranya suatu perintah penggulungan dibuat atau suatu penetapan untuk penggulungan sukarela diluluskan berkenaan dengan mana-mana syarikat atau jika seorang penerima atau pengurus bagi perniagaan atau pengusahaan syarikat itu dilantik atau jika milikan diambil oleh atau bagi pihak pemegang apa-apa debentur yang dijamin oleh suatu gadaian terapung atas apa-apa harta yang terkandung di dalam atau tertakluk kepada gadaian itu, hendaklah menjadi tanggungjawab penghutang yang bankrap, wakil diri penghutang yang telah mati atau syarikat itu dan, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ketua Pengarah Insolvensi, pemegang amanah, penyelesai, penerima atau pengurus atau orang yang
Pengangkutan Jalan 179
memiliki harta itu untuk memberi, atas permintaan mana-mana orang yang mendakwa bahawa penghutang yang bankrap, penghutang yang telah mati atau syarikat itu mempunyai sesuatu liabiliti terhadapnya, apa-apa maklumat sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki olehnya bagi maksud menentukan sama ada apa-apa hak yang telah berpindah atau terletak hak padanya di bawah Akta ini dan bagi maksud menguatkuasakan hak itu, jika ada, dan apa-apa kontrak insurans setakat mana ia sama ada secara langsung atau tidak langsung berupa hendak mengelakkan kontrak itu atau hendak mengubah hak pihak-pihak di bawah kontrak tersebut atau pemberian apa-apa maklumat sedemikian dalam keadaan tersebut dahulu atau selainnya untuk melarang atau mencegah pemberian maklumat itu dalam keadaan tersebut tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa.
(3)
Jika maklumat yang diberikan kepada mana-mana orang menurut subseksyen (2) menzahirkan alasan yang munasabah bagi mengandaikan bahawa telah dan mungkin telah dipindahkan kepadanya di bawah Akta ini hak terhadap mana-mana penanggung insurans tertentu, penanggung insurans itu tertakluk kepada kewajipan yang sama sebagaimana yang dikenakan oleh subseksyen tersebut terhadap orang yang tersebut dalam seksyen itu.
(4)
Kewajipan untuk memberi maklumat yang dikenakan oleh seksyen ini hendaklah meliputi kewajipan untuk membenarkan segala kontrak insurans, resit bagi premium dan dokumen lain yang relevan dalam milikan atau kuasa orang yang padanya kewajipan itu dikenakan sedemikian untuk diperiksa dan salinannya dibuat.
(5)
Jika mana-mana orang, tanpa alasan munasabah, gagal mematuhi seksyen ini atau sengaja membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam menjawab apa-apa permintaan seperti yang tersebut dahulu dia melakukan suatu kesalahan.