Seksyen 24
Kuasa bagi menubuhkan perbadanan
of Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972
Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan perbadanan, dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, untuk menjalankan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa program, Skim, projek atau aktiviti yang telah dirancang atau diusahakan oleh Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya.
(2)
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiaptiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (1).