Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 · Updated to 1 Nov 2016 · Bahagian VII · Bahagian VII Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
40. Penjualan dan pelupusan getah yang disita
Feedback & supportKetua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa getah yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—
getah itu adalah daripada jenis yang mudah rosak atau mutunya mudah merosot;
getah itu reput dengan cepat dan secara semula jadi;
penjagaan getah itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
getah itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam; atau
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan getah itu.