Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2016Read it in English

Bahagian VII · Bahagian VII Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

43. Pelepasan getah, dsb., yang disita

Feedback & support

Walau apa pun seksyen 41, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dilepaskan kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia disita.

Report