Seksyen 55
Kuasa untuk mengecualikan
of Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972
ActIn forceProvision 75 of 77
Seksyen 55
(1)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang atau apa-apa getah atau kelas getah atau apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan sektor pekebun kecil daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.
(2)
Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi patut diberikan.