Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

9. Seksyen baru 4a dan 4b

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4

seksyen yang berikut:

“Pelantikan anggota Lembaga 4a.  (1)  Seseorang yang akan dilantik sebagai Pengerusi atau

Timbalan Ketua Eksekutif di bawah seksyen 4 hendaklah

Undang-Undang Malaysia 12

seorang yang mempunyai integriti dan reputasi yang amat baik dengan pengalaman yang terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam kewangan atau pasaran modal.

(2)

Menteri, dalam melantik anggota Lembaga yang lain di bawah subseksyen 4(2), hendaklah memberi perhatian kepada—

(a)

kepelbagaian anggota Lembaga dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman; dan

(b)

kejujuran dan kedudukan orang itu dan pengetahuan, kemahiran, dan pengalamannya dalam undang-undang, ekonomi, kewangan, perakaunan atau dalam mana-mana disiplin lain yang berkaitan, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai anggota Lembaga.

Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif 4b.  (1)  Pengerusi akan diamanahkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian Suruhanjaya dan boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain, menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Suruhanjaya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2)

Semasa ketiadaan Pengerusi atau ketidakupayaan Pengerusi untuk bertindak atas apa-apa sebab, Timbalan Ketua Eksekutif hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), dalam hal apabila Timbalan

Ketua Eksekutif itu tiada atau tidak berupaya untuk bertindak atas apa-apa sebab, seorang anggota kanan pengurusan Suruhanjaya yang ditentukan oleh Lembaga hendaklah menjalankan fungsi

Pengerusi.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), Pengerusi boleh membawa apa-apa perkara berhubung dengan fungsi Suruhanjaya kepada

Lembaga untuk pertimbangtelitian atau arahan, jika difikirkannya perlu.”.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

Report