Security Offences (Special Measures) Act 2012 · Updated to 1 Aug 2015 · Bahagian IV · Tatacara Khas yang Berhubungan Dengan Maklumat Sensitif
11. Maklumat sensitif yang berbangkit semasa perbicaraan
Feedback & supportJika dalam masa menjalankan perbicaraan mahkamah mengeluarkan saman kepada Pendakwa Raya supaya mengemukakan suatu dokumen di bawah seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah dan dokumen itu mengandungi maklumat sensitif, Pendakwa Raya hendaklah mengemukakan dokumen itu untuk mahkamah merujuk kepada dokumen itu.
Mahkamah setelah merujuk kepada dokumen itu hendaklah memutuskan keberkaitan dokumen itu dalam perbicaraan itu.
Tertakluk kepada subseksyen (4), jika mahkamah memutuskan bahawa dokumen itu adalah berkaitan mahkamah hendaklah
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
19
kemudiannya memerintahkan
Pendakwa
Raya untuk mengemukakan—
suatu pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau
suatu ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, untuk diterima sebagai keterangan.
Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya untuk mengemukakan apa-apa—
pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau
ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, jika Menteri memperakui bahawa pengemukaan pernyataan atau ringkasan itu akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara.