Security Offences (Special Measures) Act 2012 · Updated to 1 Aug 2015 · Bahagian IV · Tatacara Khas yang Berhubungan Dengan Maklumat Sensitif
10. Pendengaran mengenai penzahiran maklumat sensitif oleh tertuduh
Feedback & support(1)
Apabila notis di bawah seksyen 9 diterima daripada tertuduh mahkamah hendaklah menjalankan pendengaran secara tertutup.
(2)
Tertuduh itu hendaklah mengemukakan maklumat sensitif itu kepada mahkamah.
(3)
Mahkamah hendaklah melihat maklumat sensitif itu dan memutuskan keberkaitan maklumat sensitif itu dalam perbicaraan.
(4)
Jika mahkamah memutuskan bahawa maklumat sensitif itu adalah berkaitan mahkamah hendaklah menjalankan perbicaraan secara tertutup.