Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2015Read it in English

Bahagian V · Perbicaraan

14. Keterangan saksi diberikan dengan cara khas

Feedback & support
(1)

Walau apa pun Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 264 Kanun Tatacara Jenayah, jika pada bila-bila masa semasa perbicaraan bagi kesalahan keselamatan, mana-mana saksi pendakwaan yang enggan identitinya didedahkan dan mahu memberikan keterangan dalam cara yang dia tidak dapat dilihat atau didengar oleh kedua-dua tertuduh dan peguamnya, Pendakwa Raya boleh membuat suatu permohonan secara lisan kepada mahkamah supaya tatacara dalam seksyen ini terpakai.

(2)

Bagi maksud memuaskan hatinya tentang keperluan untuk melindungi identiti saksi itu, mahkamah hendaklah mengadakan suatu siasatan secara tertutup dengan menyoal saksi yang berkenaan itu atau mana-mana saksi lain tanpa kehadiran tertuduh dan peguamnya.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

(2A)

Mahkamah hendaklah memberitahu pihak pendakwaan mengenai keputusannya untuk melindungi identiti saksi itu dalam masa tujuh hari dari siasatan itu.

(2B)

Dalam masa tujuh hari dari keputusan itu, pihak pendakwaan boleh merayu terhadap penolakan oleh mahkamah untuk melindungi identiti saksi itu.

(3)

Jika selepas siasatan itu mahkamah berpuas hati tentang keperluan untuk melindungi identiti saksi itu, keterangan saksi itu hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak dapat dilihat oleh tertuduh dan peguamnya tetapi boleh dilihat oleh mahkamah; dan selanjutnya jika saksi itu bimbang suaranya akan dicam, keterangannya hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak dapat didengar oleh tertuduh dan peguamnya.

(4)

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan untuk dikemukakan kepada saksi itu tentang nama, alamat, umur, pekerjaan, rasnya atau butir-butir lain atau apa-apa soalan lain yang pada pendapat mahkamah akan menyebabkan saksi itu dicam.

Report

Bahagian VII

Keterangan

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules