Security Offences (Special Measures) Act 2012 · Updated to 1 Aug 2015 · Bahagian V · Perbicaraan
16. Perlindungan identiti saksi
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa laporan melalui apa-apa cara mengenai saksi yang dilindungi tidak boleh mendedahkan atau mengandungi—
nama;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 747
alamat;
gambar saksi yang dilindungi atau mana-mana orang lain, tempat atau benda yang boleh menyebabkan saksi yang dilindungi itu dicam; atau
apa-apa keterangan atau apa-apa benda lain yang berkemungkinan menyebabkan saksi yang dilindungi itu dicam.
Mana-mana orang yang menyediakan laporan berlanggaran dengan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan juga didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.