Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2015Read it in English

Bahagian VII · Keterangan

24. Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas dan maklumat pemonitoran, penjejakan atau pengawasan

Feedback & support
(1)

Jika seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan, apa-apa maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi di bawah seksyen 6 sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.

(2)

Maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi di bawah seksyen 6 hanya boleh diterima jika dikemukakan melalui suatu

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

25

perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa maklumat yang diperoleh sedemikian telah dibenarkan oleh Pendakwa Raya.

(3)

Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) bersama-sama dengan apa-apa dokumen atau benda yang diekshibitkan atau dilampirkan kepada perakuan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa pemintasan berkomunikasi itu telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan

Pendakwa Raya.

(4)

Tiada seorang pun atau pegawai polis di bawah apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiti atau dengan apa-apa cara boleh dipaksa untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding mengenai tatacara, kaedah, cara atau jalan atau peranti yang digunakan berkenaan dengan—

(a)

apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen 6; dan

(b)

apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemonitoran, penjejakan atau pengawasan mana-mana orang.

(5)

Maklumat yang diperoleh melalui komunikasi yang dipintas di bawah seksyen 6 boleh dalam bentuk naratif atau kata demi kata sama ada dalam Bahasa asal atau sebagai terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

Report

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules