Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2015Read it in English

Bahagian VII · Keterangan

26. Keterangan oleh rakan sejenayah dan ejen provokasi

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang atau mana-

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas suatu kesalahan keselamatan—

(a)

tiada saksi boleh dianggap sebagai rakan sejenayah hanya oleh sebab saksi itu telah dengan apa-apa cara terlibat dalam pelakuan kesalahan keselamatan itu atau mempunyai pengetahuan tentang pelakuan kesalahan keselamatan itu; dan

(b)

tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia telah cuba untuk bersubahat dalam atau telah menyubahati dalam pelakuan kesalahan keselamatan itu oleh mana-mana orang jika percubaan untuk bersubahat atau penyubahatan itu adalah bagi maksud semata-mata untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

(2)

Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan walaupun ejen provokasi itu ialah seorang pegawai polis tidak kira pangkatnya, apa-apa pernyataan, sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.

Report

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules