Seksyen 1A
Pemakaian wilayah dan luar wilayah
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
ActIn forceProvision 2 of 124
Seksyen 1A
(1)
Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai kedua-duanya di dalam dan di luar Malaysia.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai bagi mana-mana orang walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraan, di luar had geografi Malaysia dan perairan wilayah Malaysia, jika orang itu—
(a)
ialah seorang pemberi perkhidmatan asing; atau
(b)
berdaftar di bawah seksyen 56C sebagai orang berdaftar asing.