Seksyen 2
Tafsiran
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“barang” ertinya semua jenis harta alih;
“cukai perkhidmatan” ertinya cukai yang kena dibayar di bawah
Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“gudang berlesen” ertinya apa-apa gudang atau tempat yang dilesenkan di bawah seksyen 65 Akta Kastam 1967 [Akta 235];
Cukai Perkhidmatan 13
“gudang pengilangan berlesen” ertinya suatu gudang berlesen yang berkenaan dengannya suatu lesen tambahan untuk menjalankan apa-apa proses pengilangan telah diberikan di bawah seksyen 65A
Akta Kastam 1967;
“kawasan ditetapkan” ertinya Labuan, Langkawi, Tioman, Pangkor dan Pulau 1;
“kawasan khas” ertinya mana-mana zon bebas, gudang berlesen dan gudang pengilangan berlesen, Kawasan Pembangunan Bersama, dan pangkalan bekalan petroleum yang dilesenkan di bawah seksyen 77B
Akta Kastam 1967;
“Kawasan Pembangunan Bersama” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Pihak Berkuasa Bersama
Malaysia-Thailand 1990 [Akta 440];
“ketetapan kastam” ertinya apa-apa ketetapan kastam yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 43;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967;
“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950;
“Labuan” ertinya Pulau Labuan dan pulau-pulau tanggungannya, iaitu, Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan dan
Daat;
“Langkawi” ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang berdampingan dengannya yang terletak lebih hampir dengan Pulau
Langkawi daripada tanah besar;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan di bawah seksyen 13 atau 14;
14
Undang-Undang Malaysia
“orang berdaftar asing” ertinya mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang berdaftar di bawah seksyen 56C;
“orang kena cukai” ertinya orang berdaftar atau orang yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12;
“Pangkor” ertinya Pulau Pangkor, Pulau Mentagor, Pulau Giam,
Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak, Pulau Pelanduk, Pulau Anak
Pelanduk, Pulau Landak, Batu Orang Tua dan Batu Jambal;
“pegawai cukai perkhidmatan” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 dan termasuklah mana-mana orang yang diambil kerja di bawah subseksyen 3(3);
“pegawai cukai perkhidmatan yang hak” ertinya mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan atau pegawai cukai perkhidmatan yang bertindak dalam menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini, sama ada kewajipan itu diberikan kepadanya secara khusus atau am, atau secara nyata atau tersirat;
“pegawai kanan cukai perkhidmatan”
ertinya mana-mana pegawai kanan kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1)
Akta Kastam 1967;
“pemberi perkhidmatan asing” ertinya mana-mana orang di luar
Malaysia yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada pengguna dan termasuklah mana-mana orang di luar Malaysia yang mengendalikan platform dalam talian untuk membeli atau menjual barang atau memberikan perkhidmatan (sama ada atau tidak orang itu memberikan apa-apa perkhidmatan digital) dan yang membuat transaksi bagi pemberian perkhidmatan digital bagi pihak mana-mana orang;
“pengangkut” termasuklah apa-apa vesel, kereta api, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa;
Cukai Perkhidmatan 15
“pengguna” ertinya mana-mana orang yang memenuhi mana-mana dua daripada yang berikut:
(a)
membuat pembayaran bagi perkhidmatan digital dengan menggunakan kemudahan kredit atau debit yang disediakan oleh mana-mana institusi kewangan atau syarikat di Malaysia;
(b)
memperoleh perkhidmatan digital dengan menggunakan alamat protokol internet yang berdaftar di Malaysia atau kod negara antarabangsa telefon mudah alih yang ditetapkan bagi Malaysia;
(c)
bermastautin di Malaysia;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 91;
“perkhidmatan bercukai” ertinya apa-apa perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai di bawah seksyen 8;
“perkhidmatan bercukai diimport” ertinya apa-apa perkhidmatan bercukai yang diperoleh oleh mana-mana orang di Malaysia daripada mana-mana orang yang berada di luar Malaysia;
“perkhidmatan digital” ertinya apa-apa perkhidmatan yang dihantar atau dilanggan melalui internet atau rangkaian elektronik lain dan yang tidak boleh diperoleh tanpa menggunakan teknologi maklumat dan yang penghantaran perkhidmatan itu pada asasnya automatik;
“perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012 [Akta 743];
“perniagaan” termasuklah apa-apa tred, perdagangan, profesion atau pekerjaan, atau apa-apa usaha daripada jenis tred, perdagangan, profesion atau pekerjaan;
16
Undang-Undang Malaysia
“Pulau 1” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“surcaj” ertinya surcaj yang disebut dalam subseksyen 32(3);
“tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3);
“tempoh bercukai” ertinya apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan atau diperuntukkan di bawah seksyen 25;
“Tioman” ertinya Pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis,
Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi dan Jahat;
“Tribunal Rayuan Kastam” ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141B Akta Kastam 1967;
“zon bebas” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438].