Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian VII · Ketetapan
42. Ketetapan kastam
Feedback & supportMana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah, dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah berserta dengan fi yang ditetapkan, bagi suatu ketetapan kastam berkenaan dengan mana-mana satu atau lebih perkara yang berikut:
penentuan perkhidmatan bercukai;
penentuan orang kena cukai;
prinsip-prinsip yang boleh diterima pakai bagi maksud penentuan nilai perkhidmatan bercukai;
apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
68
Undang-Undang Malaysia
Suatu permohonan bagi ketetapan kastam di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—
pada bila-bila masa sebelum apa-apa perkhidmatan diberikan; atau
pada bila-bila masa kemudian, jika dibenarkan oleh Ketua
Pengarah.
Seorang pemohon boleh menarik balik permohonannya pada bila-bila masa sebelum suatu ketetapan kastam dibuat dan apa-apa pembayaran yang telah dibuat yang berhubungan dengan permohonan bagi ketetapan kastam itu hendaklah dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah.