Seksyen 43
Membuat ketetapan kastam
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Tertakluk pada subseksyen (3), Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu ketetapan kastam berkenaan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam permohonan yang dibuat di bawah seksyen 42
dan ketetapan kastam itu hendaklah mengikat pemohon itu.
(2)
Apa-apa ketetapan kastam yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
(3)
Ketua Pengarah boleh menolak untuk membuat ketetapan kastam jika, pada pendapatnya—
(a)
maklumat yang diberikan oleh pemohon adalah tidak mencukupi untuk berbuat demikian;
(b)
permohonan itu adalah untuk situasi andaian; atau
(c)
apa-apa rayuan yang belum selesai di bawah seksyen 81
melibatkan hal perkara yang disebut dalam permohonan itu.
Cukai Perkhidmatan 69