Skip to content

Seksyen 22

Keterangan ejen provokasi boleh diterima

of Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

ActIn forceProvision 24 of 31
Seksyen 22

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, suatu sabitan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana ejen provokasi tidaklah menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan pada keterangan sedemikian.

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 25