Skip to content

Seksyen 26

Kaunseling pemulihan

of Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

ActIn forceProvision 28 of 31
Seksyen 26
(1)

Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, memerintahkan suatu tempoh kaunseling pemulihan terhadap orang yang disabitkan atas kesalahan itu dalam tempoh penahanannya.

(2)

Kaunseling pemulihan yang diperintahkan di bawah subseksyen (1) hendaklah di bawah Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penjara.