Seksyen 27
Pengawasan polis
of Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Walau apa pun subseksyen 295(1) Kanun Tatacara Jenayah, sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa kesalahan atau tidak, apabila seseorang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam
Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya dia diletakkan di bawah pengawasan polis bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
(2)
Apabila mana-mana orang yang diletakkan di bawah pengawasan polis di bawah subseksyen (1), semasa masih berada di bawah pengawasan itu, dihukum dengan suatu tempoh pemenjaraan di dalam Malaysia, apa-apa tempoh yang dijalani di dalam penjara hendaklah dikecualikan daripada tempoh pengawasan.