Skip to content

Seksyen 14

Kuasa untuk meminjam

of Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995

ActIn forceProvision 14 of 34
Seksyen 14

Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau bagi menjalankan mana-mana kuasanya.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 539

Kuasa untuk memberikan pinjaman 14a. Pada melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya,

Perbadanan boleh memberikan pinjaman bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, dan pinjaman sedemikian boleh diberikan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, patut dikenakan dalam hal-hal tertentu.