Seksyen 16
Kuasa untuk mewakilkan
of Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995
Perbadanan boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat, had atau sekatan, sebagaimana yang disifatkan sesuai dikenakan, mewakilkan kepada Pengerusi atau kepada
Ketua Pegawai Eksekutif atau kepada mana-mana anggota
Perbadanan, kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan atau melaksanakan bagi pihaknya kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan olehnya, kecuali kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 32; dan apa-apa kuasa atau fungsi sedemikian yang dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif atau anggota lain Perbadanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai telah dijalankan oleh dan bagi pihak Perbadanan.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini, Perbadanan boleh mewakilkan sama ada kepada
Pengerusi atau kepada Ketua Pegawai Eksekutif kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang diletakhakkan pada atau yang di bawah kawalan Perbadanan sehingga had yang hendaklah dinyatakan oleh Perbadanan.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 19