Seksyen 17
Kuasa untuk melantik jawatankuasa
of Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995
Perbadanan boleh melantik jawatankuasa bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan apa-apa fungsi dan kuasanya; mana-mana jawatankuasa yang dilantik hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya seorang anggota
Perbadanan dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa itu, mana-mana orang lain yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan.
(2)
Jawatankuasa yang dilantik hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.
(3)
Mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan dari semasa ke semasa dan Perbadanan boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu.
(4)
Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang yang, pada pendapatnya mempunyai pengetahuan khusus untuk kebaikannya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa dan orang yang dijemput itu tidak berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat berkenaan.
(5)
Jawatankuasa hendaklah melaporkan syornya kepada
Perbadanan.
Kuasa untuk menubuhkan syarikat 17a. Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat-syarikat dengan apa-apa nama yang ditentukan oleh
Perbadanan untuk menjalankan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan bagi pihak Perbadanan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang ditentukan oleh Perbadanan pada melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 539