Akta Relif Spesifik 1950 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab I
10. Liabiliti orang yang mempunyai milikan, bukan sebagai pemunya, untuk menghantar serah kepada orang yang berhak kepada milikan serta-merta
Feedback & supportMana-mana orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas barang harta alih yang tertentu, yang dia bukan pemunyanya, boleh dipaksa secara spesifik supaya menghantarserahkan barang itu kepada orang yang berhak kepada pemilikan serta-merta, dalam mana-mana hal yang berikut:
apabila benda yang dituntut dipegang oleh defendan sebagai ejen atau pemegang amanah pihak menuntut;
A, yang hendak pergi ke Eropah, meninggalkan perabotnya dalam jagaan
B sebagai ejennya semasa ketiadaannya. B, tanpa kebenaran daripada A, menyandarkan perabot itu kepada C, dan C yang mengetahui bahawa B tidak mempunyai hak untuk menyandarkan perabot itu, mengiklankannya untuk dijual. C boleh dipaksa untuk menghantarserahkan perabot itu kepada A, kerana dia memegangnya sebagai pemegang amanah kepada A.
12
Undang-Undang Malaysia
apabila pampasan dalam bentuk wang tidak dapat memberikan relief yang mencukupi bagi pihak menuntut atas kehilangan benda yang dituntut;
Z telah mendapat milikan suatu patung kepunyaan keluarga A, dan yang
A adalah penjaganya yang sepatutnya. Z boleh dipaksa untuk menghantarserahkan patung itu kepada A.
apabila sangat sukar untuk menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh kehilangan benda itu; dan
A berhak kepada suatu gambar yang dilukis oleh seorang pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luar biasa dari negeri China. B mempunyai milikan ke atas barang itu. Barang itu mempunyai sifat yang terlalu istimewa untuk diberikan suatu nilai pasaran yang tertentu. B boleh dipaksa untuk menghantarserahkan barang-barang itu kepada A.
apabila milikan benda yang dituntut telah dipindahkan hak milik secara salah daripada pihak menuntut.