Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bab I

9. Mendapatkan kembali harta alih spesifik

Feedback & support

Seseorang yang berhak kepada milikan harta alih spesifik boleh mendapatkannya kembali mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.

Huraian 1—Seseorang pemegang amanah boleh membawa guaman di bawah seksyen ini bagi milikan harta untuk kepentingan benefisial orang yang dia menjadi pemegang amanahnya, yang berhak ke atas harta itu.

Relief Spesifik 11

Huraian 2—Sesuatu hak yang khas atau sementara terhadap milikan harta sekarang memadai untuk menyokong suatu guaman di bawah seksyen ini.

(a)

A menyandarkan beberapa barang kemas kepada B untuk menjamin suatu pinjaman. B melupuskan barang kemas itu sebelum dia berhak berbuat demikian. A, tanpa membayar atau menawarkan untuk membayar jumlah pinjaman itu, membawa tuntutan guaman terhadap B bagi milikan barang kemas itu. Guaman itu harus ditolak kerana A tidak berhak kepada milikan barang kemas itu, walau apa pun hak yang dia mungkin ada untuk menjamin jagaan selamatnya.

(b)

A menerima suatu surat yang dialamatkan kepadanya oleh B. B mendapatkan balik surat itu tanpa persetujuan A. A mempunyai hak kepunyaan terhadap surat itu yang menghakkannya untuk mendapatkannya kembali daripada

(c)

A mendepositkan kepada B buku dan dokumen untuk jagaan selamat.

B menghilangkan buku dan dokumen itu dan C menjumpainya tetapi enggan menyerahkannya balik kepada B apabila diminta. B boleh mendapatkan buku dan dokumen itu daripada C, tertakluk kepada hak C jika ada, di bawah seksyen 121 Akta Kontrak 1950.

(d)

A, seorang penjaga gudang, dituduh kerana menghantarserahkan barangan tertentu kepada Z, yang diambil oleh B daripada milikan A. A boleh membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan barangan itu.

Report

Bab II

Bab III

Pembetulan Surat Cara

Bab IV

Penamatan Kontrak

Bab V

Pembatalan Surat Cara

Bab VI

Dekri Perisytiharan

Bab VII

Pelantikan Penerima

Bab VIII

Bahagian III

Relief Pencegahan

Bab IX

Mengenai Injunksi Secara Am

Bab X

Mengenai Injunksi Berkekalan