Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VII · Piawaian
33. Section 33
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali dengan persetujuan Menteri, tiada sesuatu kumpulan orang, perbadanan atau bukan perbadanan, boleh menjalankan tugas-tugas yang baginya ia ditubuhkan di bawah sesuatu nama yang mengandungi perkataan-perkataan "Piawai Malaysia" atau apa-apa kependekannya.
Jika mana-mana undang-undang bertulis mengadakan peruntukan bagi pendaftaran mana-mana kumpulan orang, pihakberkuasa pendaftar boleh enggan mendaftarkan jika pada pendapatnya penggunaan nama dengan mana kumpulan orang itu ingin didaftarkan adalah dilarang oleh seksyen-kecil (1).
Seksyen ini hendaklah dengan ubahsuaian yang perlu dipakai bagi orang perseorangan yang menjalankan perniagaan di bawah apa-apa nama atau stail, lain daripada nama atau stailnya sendiri.
Mana-mana kumpulan orang atau seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan berlawanan dengan seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan melainkan jika dibuktikan bahawa perbuatan itu telah dilakukan bukan kerana keuntungan atau bukan dengan niat hendak menipu dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima-ribu-ringgit.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dipakai bagi penggunaan oleh mana-mana kumpulan orang atau seseorang akan sesuatu nama yang telah digunakan dalam Malaysia sebelum 1hb Februari, 1967 oleh kumpulan orang atau orang itu, atau mana-mana peniaga sebelumnya bagi kumpulan orang atau orang itu.
Bahagian VIII
Tambahan
Bahagian IX