Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VII · Piawaian
Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VII · Piawaian
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Fakta bahawa—
sesuatu barangan, proses, atau amalan adalah menepati atau dikatakan menepati suatu penentuan piawai; atau
suatu tanda piawai adalah digunakan berkaitan dengan sesuatu barangan tidak boleh menimbulkan apa-apa tuntutan terhadap Institiut, Majlis, atau Kerajaan.
Tiada seseorang ahli Majlis atau ahli sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 19 dan tiada seseorang pegawai atau penjawat Majlis boleh sendiri menjadi bertanggungan kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan atau kerana apa-apa kemungkiran yang dilakukan oleh Majlis, oleh jawatankuasa itu, atau oleh pegawai atau penjawat itu dengan suci hati dalam pengendalian Majlis atau jawatankuasa itu.
Bahagian VIII
Bahagian IX