Skip to content

Bahagian VII · Piawaian

36. Section 36

(1)

Dalam mana-mana undang-undang bertulis sesuatu penentuan piawai boleh, tanpa menyentuh apa-apa cara penyebutan yang lain, disebut mengikut tailtel atau nombor yang diberi kepadanya oleh Majlis; dan mana-mana sebutan itu hendaklah, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain, disifatkan sebagai merujuk kepada penentuan piawai itu sebagaimana yang berkuatkuasa pada masa undang-undang itu dibuat.

(2)

Tanpa menyentuh apa-apa cara pembuktian yang lain, maka adalah dengan ini diisytiharkan bahawa pengemukaan dalam mana-mana pembicaraan di sisi undang-undang akan suatu salinan penentuan piawai yang berupa sebagai dikeluarkan oleh atau dengan kuasa Majlis adalah keterangan yang cukup mengenai penentuan piawai itu jika sekiranya tiada apa-apa bukti sebaliknya.

Report

Bahagian VIII

Tambahan

Bahagian IX

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan