Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2021Read it in English

Bahagian I · Permulaan

4A. Permulaan kuat kuasa Sistem Pengkomputeran Hakmilik Strata di mana-mana Pejabat Pendaftaran Tanah

Feedback & support
(1)

Menteri boleh dengan kelulusan Majlis Tanah Negara, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh bagi permulaan kuat kuasa Sistem Pengkomputeran Hakmilik Strata di mana-mana Pejabat Pendaftaran Tanah.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), istilah “Pejabat Pendaftaran

Tanah” ertinya―

(a)

dalam hal hakmilik strata yang bergantung kepada hakmilik Pejabat Pendaftaran, pejabat Pendaftar Hakmilik bagi Negeri itu; dan

(b)

dalam hal hakmilik strata yang bergantung kepada hakmilik Pejabat Tanah, pejabat Pentadbir Tanah bagi

Daerah itu.

Hakmilik Strata 17

(3)

Apabila Sistem Pengkomputeran Hakmilik Strata mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat Pendaftaran Tanah―

(a)

peruntukan Jadual Kelima hendaklah terpakai; dan

(b)

peruntukan Akta ini setakat yang ia berhubung dengan borang dokumen hakmilik, tatacara bagi penyediaan dan pendaftaran apa-apa dokumen hakmilik, apa-apa urus niaga mengenai petak dan apa-apa catatan atau pengendorsan apa-apa nota, memorial, atau apa-apa pembetulan atau pembatalannya pada apa-apa dokumen hakmilik hendaklah dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Kelima.

(4)

Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kelima.

(5)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (3)(b), semua peruntukan lain Akta ini hendaklah tetap berkuat kuasa dan terus terpakai bagi tiap-tiap dokumen hakmilik, surat cara atau dokumen lain yang disediakan di bawah Sistem Pengkomputeran Hakmilik Strata.

Report

Bahagian II

Permohonan untuk Memecah Bahagi Bangunan atau Tanah

Bahagian III

Pendaftaran Hakmilik Strata

Bahagian IV

Blok Sementara: Pengeluaran

Schedules